Alhamdulillah...akhirnya aku berjaya juga masuk ke blogku ini semula setelah sekian lama terkunci......hehehehehhe lupa paswdnya....cuba jaya..cuba jaya dr awal thn hingga kehujung tahun akhirnya terrungkai semua ...sayang bah blog ni byk kenangan blog ini........kerana blog ini juga aku telah menambah ilmu dlm ICT.....
Catatan Aria
Sunday, 2 December 2012
Wednesday, 29 February 2012
Bertemu kembali di Tahun 2012
Salam sejahtera semua....
Nampaknya sudah 2 bulan ditahun 2012 baru hari ini ada masa menjenguk Catatan Aria dan hendak mempost yang baru......Emmmm nampanya di tahun 2012 ni saya akan berjuang dalam arena pendidikan yang baru....... menjadi guru khas pemulihan.........setelah sebulan bersama anak-anak yang berada dikelas pemulihan ini...seronok pula... melihat perkembangan mereka hari demi hari....

Saturday, 17 December 2011
Monday, 5 December 2011
Salam
Salam sejahtera...kepada semua pembaca blog ini.....sudah lama tidak menjenguk blog ini sibuk dengan urusan sekolah dan keluarga...... selamt bercuti buat anak-anak murid...selamt bercuti buat semua rakan guru walau di mana berada....
Monday, 24 October 2011
Menara Jam Makkah 'sentuhan Malaysia'
Misteri & keajaiban alam
Menara Jam Makkah 'sentuhan Malaysia'
MAKKAH: Rakyat Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai 'sentuhan anak Malaysia'.
Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan 'struktur keluli tidak berat' untuk menyokong jam gergasi itu, dan kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab berkenaan.
Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.
Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui kumpulan media Tabung Haji yang menikmati teh tarik di Restoran Felda D'saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.
Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di Tanah Suci itu.
Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.
Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan.
Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar Premier Composite Technology akan terus berada di Makkah bagi memantau dan menyelia kerja akhir pembinaan menara jam itu.
Sementara itu, menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata, beliau mengambil masa lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu.
Rakannya, jurutera Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata, bahan komposit adalah satu bidang baru dan tidak banyak syarikat dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu.
Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama menjadi satu kelebihan, dan menurutnya, beliau bersama kumpulannya turut terbabit dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu.
Beliau bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya. – BERNAMA

Sunday, 9 October 2011
Pokok Cendawan
Misteri & keajaiban alam
Terlalau indah ciptaan Allah.... Pokok seakan-akan bentuk cendawan ini terletak di Pulau Socotra, Republic of Yemen ...cuba fikir-fikirkan kalu hujan kita berteduh di bawah pokok ini...basah atau tidak?...

Labah-Labah
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan
tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.
Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada
memakan sesama sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)