Tuesday, 28 June 2011

Sekapur sireh

Salam sejahtera...
 Saya rasa bersyukur kerana terpilih mengikuti kursus Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru menggunakan TMK dalam P&P di dalam kelas bagi memertabatkan Bahasa Melayu. Ini dapat membantu kami meningkatkan mutu pengajaran di dalam kelas. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru sekolah rendah dan menengah Bahagian Pantai Timur Sabah. Kursus ini diadakan di IPGM Kampus Tawau bermula pada 26 Jun hingga 22 Julai 2011 selama 4 minggu.Seramai 11 orang pensyarah IPGM Kampus Tawau sendiri yang berkemahiran dalam bidang masing-masing yang menjadi tenaga pengajar. Penyelaras kursus ini ialah Encik Abdullah Musa dan Ketua Fasilitator Encik Effendy Yusoff dan Encik Raja Shahrudin dan dibantu oleh seramai 8 orang Juru latih Bahasa Melayu Negeri. Hari ini (Rabu 28.6.2011)   kami dibantu oleh 3 orang Jurulatih Negeri Sabah, iaitu Puan Gusnaini Pasaddei, Puan Hasnita Tamjehi dan Puan Mukarramah Mohd Salleh membuat Blog...wah,  jadi  blogger dah pula lepas ni guru-guru Bahasa Melayu.....!

No comments:

Post a Comment