Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia.Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang mempunyai terowong yang terbesar di dunia.Satu lagi tarikan utama di sini ialah Gua Air Jernih iaitu gua yang terpanjang di Asia Tenggara. Gua-gua yang besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta ekor kelawar dan burung layang-layang yang terbang keluar berkumpulan menuju ke hutan setiap waktu senja.
Friday, 29 July 2011
Monday, 25 July 2011
Sk Bukit Lalang-Sukan Daerah, Hari Guru Dan Rimup 2010 Slideshow
Sk Bukit Lalang-Sukan Daerah, Hari Guru Dan Rimup 2010 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Sk Bukit Lalang-Sukan Daerah, Hari Guru Dan Rimup 2010 Slideshow ★ to Semporna. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Tuesday, 5 July 2011
Keluhan Si Buah Cempedak
Keluhan Si Buah Cempedak
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanak-kanak kecil
sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru
berbuah,habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk.
“Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu
manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu
menyebut namaku.” kata si cempedak seorang diri.
Lalu secara tiba-tiba, dia disapa seekor semut.
“Mengapa dengan kau ni? Ko mengeluh atau kau memintanya?”
Jawab si cempedak “sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku.”
“Mengapa perlu begitu? balas si semut.
“Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah
yang ada pada pandangan manusia” kata si cempedak itu lagi.
Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala.
“Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh
manusia sahaja.” sambung si cempedak.
“Kau tak berhak untuk berkata begitu” si semut menyampuk.
Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut.
“Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang
menentukan siapa yang layak memakan aku”
Si semut semakin menghampiri si cempedak.
“Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua
makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak
untuk memakanmu” si semut cuba untuk menasihati cempedak.
Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi.
“Ah. Aku tak peduli semua itu. Aku menghasilkan makanan yang lazat. Siapa yang tidak mahu
aku wahai semut? Semua manusia mengemarinya. Tetapi jika yang lain memakannya,
bagaimana aku ini akan menjamu buah-buahan ku yang manis dan lazat ini kepada manusia?
Engkau tidak fahamkah dengan ini semua?”
“Aku mengerti wahai cempedak yang manis dan lazat. Apakah engkau merasa bangga dengan
diri engkau ini?” soal si semut.
Lalu dengan pantas dijawab oleh cempedak. “Sudah semestinya aku berbangga dengan apa
yang aku ada. Aku manis, lazat dan malahan berkhasiat. Siapa lagi yang dapat menandingi
aku? Bahkan, isiku juga banyak. Sememangnya masyhurlah diriku ini wahai semut kecil”
Si semut merasa terkilan kerana seolah-olah diperli oleh cempedak. Lalu dengan tenang si
semut berkata “ Itulah kelebihan dirimu yang telah diberikan olehnya. Disebabkan kesedapan,
keenakan, kemanisan, kelazatan dan isimu yang banyak itulah yang menyebabkan engkau
bukan sahaja digemari oleh manusia, tetapi haiwan juga”
“Mengapa engkau berkata begitu?” soal cempedak dengan cepat sebaik mendengar kata-kata
si semut itu.
Si semut tersenyum kecil. Namun, cempedak merasa hairan. Dia diam sambil menunggu semut
menyambung kata-katanya.
“Bukankah kemanisan dan kelazatanmu itu satu tarikan dirimu untuk tidak kira samada manusia
mahupun haiwan menghampiri dan memakanmu” kata semut.
“ya” jawab si cempedak.
“Inikan sudah membuktikan bahawa disebakan itulah semuanya tertarik kepadamu.
Seharusnya engkau bersyukur kerana terdapat kelebihan dalam dirimu itu. Mahukah engkau,
hanya haiwan sahaja yang menggemarimu sedangkan manusia tidak?” si semut menyambung
kata-katanya tadi.
Si cempedak diam berfikir seketika. Dan seterusnya bersuara “Aku tidak mahu begitu. Tetapi
aku hanya menginginkan manusia sahaja yang memakanku”
Semut senyum bersahaja. “Hai cempedak, setiap yang menjadi kegemaran dan kesukaan
manusia itulah juga akan menjadi santapan bagi haiwan. Apa yang digemari oleh manusia itu,
pastinya turut digemari oleh haiwan. Bersyukurlah kerana adanya yang menggemarimu”
“Ya, aku faham wahai semut kecil. Aku mengerti akan hal ini” kata cempedak dengan nada
yang suram.
Si semut melihatkan akan hal itu segera berkata kepada cempedak. “Niat aku bukan untuk
membuat kau berasa sedih, tetapi sebagai peringatan untuk setiap yang tercipta pasti ada
tujuannya”
Cempedak mengangguk tanda faham akan apa yang dikatakan oleh si semut kecil itu. Lalu dia
bersuara “Terima kasih wahai semut kerana menasihati aku. Aku akan berusaha untuk
membuang segala tabiat dan niat yang kurang baik dalam diriku ini”
Semut kecil pun merasa gembira dengan apa yang dikatakan oleh cempedak. Mulai dari saat
itu, tidak kedengaran lagilah rintihan keluhan daripada buah cempedak lagi.
SI PEMOTONG KAYU
Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
CERITA KANAK-KANAK
Cerita Teladan Kanak-Kanak
Belalang
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
Perkatan yang ditulis rapat
Terdapat hanya 15 perkataan yang ditulis rapat .
- antarabangsa
- bumiputera
- beritahu
- kerjasama
- kakitangan
- sukarela
- setiausaha
- suruhanjaya
- tandatangan
- tanggungjawab
- jawatankuasa
- olahraga
- warganegara
- pesuruhjaya
- matahari
Kesalahan tatabahasa yang lazim digunakan
Salah Adalah dimaklumkan
Betul Dengan ini dimaklumkan
Betul Dengan ini dimaklumkan
Salah Sehubungan itu
Betul Sehubungan dengan itu
Salah dari masa ke semasa
Betul dari masa ke masa/ dari semasa ke semasa
Salah saya akan masuk ke kelas
Betul saya akan masuk ke dalam kelas
Salah saya mengajar matapelajaran Bahasa Melayu
Betul saya mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu
Salah saya mengajar matapelajaran Bahasa Melayu
Betul saya mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu
Salah daripada itu
Betul selain itu
Salah jadual bertugas
Betul jadual tugasan
Salah jadual bertugas
Betul jadual tugasan
Monday, 4 July 2011
Kursus KDP Inovasi P&P BM (TMK)
Laporan Minggu Pertama dan Hari Pertama Kursus MBM Inovasi P&P
26.6.2011
.Jam 7.00 : Memulakan langkah menuju ke bangunan akademik IPGM Kampus Tawau
dari Asrama.bersama rakan-rakan di Anjung Selera
8.00pagi : Menuju ke Bilik Sri Kinabalu Mendengar taklimat ringkas berkenaan
kursus yang di hadiri
kursus yang di hadiri
Jam 8.30 ke Makmal Bestari
Aktiviti: Membina fail baru dan fail-fail kecil
Nama Fail; Inovasi BM4M - Fail visual, teks, video dan audio
Fasilitator ; En Effendy Yusuff dan En Abd. Ghani
Jam 10.00 pagi ; Minum pagi
10.30 pagi : Memuat turun bahan dari internet
2.00 petang : Membuka akaun gmail.
Subscribe to:
Posts (Atom)