Wednesday 10 August 2011

Kuih -Muih Tradisional

Negara Malaysia kaya dengan makanan...kerna kita di sini terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum..Disebabkan itu di Malaysia kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada yang kita tidak pernah tengok, rasa dan mungkin tidak tahu namanya...



Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Dodol buatan Melaka amat terkenal dan ia dikatakan rumit untuk dibuat. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam. Bahan yang senang didapati namun sukar dihasilkan.


LEMPENG KELAPA



Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan yang dibuat menggunakan kelapa diparut. Ia biasanya dimakan begitu sahaja atau dicicah gula, atau sambal ikan bilis atau kuah gulai.


JALA MAS





Kuih jala mas sejenis hidangan tradisional melayu yang lemak manis; dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput tetapi cara dan rupa yang berbeza. Ia mempunyai bentuk yang berjurai seperi mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa disebabkan cara membuatnya yang agak sukar. Pasa masa dahulu, kuih ini hanya dikhaskan bagi hidangan raka dan kaum bangsawan.




BUAH TANJUNG





Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

ASAM GUMPAL




Kuih asam gumpal merupakan hidangan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan dengan inti dimasak dalam kuah santan. Ia disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampur dengan garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal sebesar satu gumpalan tangan. Campuran gula merah; halia dan halba ditambah bagi menambah perisa.

HALWA MASKAT

Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.


Kuih Cincin




Jika anda pernah sampai ke negeri Sabah, past pernah merasa kuih muih tradisional seperti kuih cincin .Kuih cincin yang manis dan rangup diadun dengan resipi tradisional " Gula Apong " yang berkualiti tinggi.Kuih Cincin yang paling popular sekali di negeri di bawah bayu ini ialah di kawasan daerah Papar iaitu 40 minit perjalanan daripada pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Hidangan Kuih Cincin ini juga amat popular di waktu perayaan Hari Raya Aidilfitri ataupun perayaan-perayaan yang lain.



No comments:

Post a Comment